Hari ni awal muharam 1430
Lusa tahun baru 2009
Kejap sungguh masa berlalu
Aku tak berubah
Tetap seorang insan yang hina disi-Nya
Dengan kehinaan ini
Minta diberkati hidup aku untuk tahun-tahun yang hadapan
Mohon diberi nafas panjang sihat nurani, rohani dan jasmani aku
Belas kasih yang tak terhingga dengan kurnian rezeki yang melimpah
Ditatang bahagia bersama insan tersayang
Biar begini
Aku rela terus hina dalam keredhaan-MU
P/s: Selamat Tahun Baru
Showing posts with label Global. Show all posts
Showing posts with label Global. Show all posts
Monday, December 29, 2008
Tahun Baru
Expressed by Shopdanbeli at 21:24 0 Corresponds
Wednesday, July 23, 2008
Radovan Karadzic
Captured news from Utusan Malaysia dated 23rd July '08

BERBEZA... Dua gambar kombinasi ini menunjukkan penjenayah perang, Radovan Karadzic yang diberkas oleh pasukan keselamatan Serbia di luar Belgrade, kelmarin. Gambar kanan diambil semasa Karadzic menghadiri sidang Parlimen Republik Srpska di Bosanski Samac pada 13 Februari 1995, manakala gambar kiri adalah gambar terbaru Karadzic yang memperlihat wajahnya yang berjanggut, berambut panjang dan memakai cermin mata
---------------------------------------------------------------------
BELGRADE 22 Julai – Penjenayah perang yang paling dikehendaki Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Radovan Karadzic akhirnya berjaya diberkas oleh pasukan keselamatan Serbia semalam.
Pemimpin Serb Bosnia itu, yang didakwa terlibat melakukan pembunuhan etnik di Bosnia pada 1992-1995, berjaya ditahan selepas hampir 13 tahun melarikan diri daripada tribunal jenayah perang PBB.
“Radovan Karadzic berjaya dikesan dan ditangkap malam tadi.
“Karadzic telah dibawa kepada hakim siasatan Mahkamah Jenayah Perang di Belgrade mengikut undang-undang selaras dengan peruntukan Tribunal Jenayah Antarabangsa bagi bekas Yugoslavia (ICTY),” menurut kenyataan pejabat Presiden Serbia, Boris Tadic.
Pejabat Presiden Serbia dan pendakwa raya jenayah perang enggan memberi penjelasan lanjut mengenai kenyataan ringkas tersebut yang tidak menyatakan maklumat lengkap mengenai masa dan tempat Karadzic ditangkap.
Seorang pegawai jenayah perang bagaimanapun berkata, bekas panglima perang Serb Bosnia berusia 63 tahun itu “tidak menentang” penangkapannya dan berada dalam “keadaan tertekan”.
Penangkapan itu menyusul dua minggu selepas penubuhan kerajaan baru Serbia yang dikuasai Parti Demokratik pimpinan Tadic yang pro-Barat dan Kesatuan Eropah (EU) dengan sokongan Parti Sosialis yang pernah dipimpin oleh bekas Presiden Slobodan Milosevic.
Karadzic dan bekas komander tenteranya, Ratko Miladic berjaya mengelakkan diri daripada ICTY sejak 1995 selepas didakwa melakukan jenayah perang, pembunuhan kaum dan jenayah kemanusiaan semasa Perang Bosnia 1992-1995.
Lebih 11,000 orang telah terkorban sepanjang perang di wilayah Balkan itu. Di bawah pimpinannya, pasukan tentera Serb Bosnia dipercayai telah membunuh lebih 8,000 orang Islam yang terperangkap dalam wilayah Grbavica yang dikuasai puak Serb.
My comment:
Aku tengok video tentera serb torture org Islam Bosnia masa perang dulu. Mmg mengalir air mata. Terasa betapa dorang ni sungguh keji, tak berperikemanusian, hilang kewarasan tabii manusia. Tentera serb betting among themselves on the gender a mother pregnant. So dorang belah perut ibu-ibu ni hidup2. Astagfirullah. Then, dorang bakar muka, bersorak tgk org mengerang kesakitan. And ramai lelaki yang kemaluannya dipotong, dikumpul dalam dulang untuk tontonan ramai selain ramai wanita2 yang kena rogol dgn sadis. Mmg insaf kalau tgk video ni even now rasa sebak sbb teringat2 video tu. Tak faham kenapa manusia macam tu wujud.
Dugaan Allah.
Expressed by Shopdanbeli at 18:39 0 Corresponds
Subscribe to:
Posts (Atom)
Diseño por headsetoptions | A Blogger por Blog and Web
