Tuesday, September 9, 2008

Si sepi yang kosong mencari HIKMAH

Kenapa aku dilahirkan malam, dikala gelap
Mungkin membiasakan aku dalam kegelapan supaya aku berani menghadapi dugaan pahit
Mungkin buat aku lebih gigih mengharungi hidup dan meninggalkan kekecewaan
Mungkin menjadikan aku lebih bersedia menghadapi rintangan mendatang tanpa takut

Kenapa aku tak dilahirkan kaya raya
Mungkin jikalau aku kaya, aku jadi orang yang terlalu bergantung dan malas berusaha
Mungkin aku akan tergolong dikalangan orang yang riak dan membangga-bangga
Mungkin aku sombong langsung tidak mahu mendekati orang2 miskin sedangka taraf mereka sama dgn aku disisi yang MAHA ESA
Mungkin aku akan alpa dengan kemewahan yang menyesatkan aku jauh dari landasan
Mungkin aku akan terlalu membazir-bazir dan tidak bersyukur hingga lupa ade ramai manusia yang tak makan berhari-hari

Kenapa aku tidak cantik jelita rupawan (mcm angelina jolie for e.g.)
Mungkin aku akan menggunakan kecantikan aku pda jalan yang mungkar
Mungkin aku akan jadi insan yang bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk dgn keindahan sementara
Mungkin aku akan jadi insan penggoda lelaki-lelaki bernafsu yang memudaratkan aku diakhirnya
Maka selamatlah aku

Banyak lagi persoalan "KENAPA"
Kini aku yakin akan jawapannye
Disimpulkan dengan kata "HIKMAH"
Dengan Hikmah-Nya, aku menyusuri hidup ni dengan keyakinan
Bimbinglah aku terus.

0 Corresponds: